BANGKOK, 28 Feb – Penjara-penjara di Thailand gagal memenuhi piawaian antarabangsa dengan para tahanan kerap dibelenggu, disumbatkan dalam sel-sel penjara yang penuh sesak dan dipaksa bekerja teruk, menurut kumpulan hak asasi kemanusiaan antarabangsa hari ini.
Thailand juga mempunyai kadar pemenjaraan tertinggi di Asia Tenggara, dengan memenjarakan 425 dari setiap 100,000 orang, menurut laporan oleh Persekutuan Antarabangsa bagi Hak Asasi Kemanusiaan.
Terdapat lebih 260,000 orang tahanan di 148 buah penjara dengan kapasiti pada awalnya dianggarkan kurang 120,000, laporan itu mengatakan dengan keadaan yang terlalu sesak telah memaksa para tahanan hidup dalam keadaan yang teruk.
Kebanyakan tahanan disabitkan dengan kesalahan berkaitan dadah, legasi perang ke atas dadah yang dilancarkan oleh bekas Perdana Menteri Thaksin Shinawatra pada tahun 2203. Di bawah undang-undang Thailand, memiliki heroin atau methamphetamin boleh dihukum penjara sehingga 10 tahun.

Keadaan yang penuh sesak diterukkan lagi oleh pengawal penjara yang sering bertukar ganti yang memaksa pihak penjara bergantung pada kakitangan yang kurus, menurut kumpulan hak asasi kemanusiaan yang beribu pejabat di Paris itu.
Para tahanan memberitahu penemu bual dari kumpulan hak asasi itu bahawa pengawal-pengawal penjara yang teruk bekerja akan memukul mereka dengan belantan, menyumbatkan mereka dalam kurungan berseorangan, atau merantai dan membelenggu mereka selama berminggu-minggu, di sebalik usaha kerajaan pada tahun 2013 untuk menamatkan amalan itu.
Dengan terlalu ramai tahanan, para banduan boleh mendapati diri mereka diasak ke dalam sel-sel penjara yang penuh sesak tanpa katil dan tandas mencangkung tanpa kurungan bagi privasi. – AP