Friday, April 26, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Penjarakan sosial kini ditiadakan

    SEOUL, 15 APRIL – Korea Selatan akan melonggarkan hampir kesemua langkah penjarakan sosial, menurut kenyataan pihak kerajaan hari ini, memetik penurunan dramatik kes COVID yang dilaporkan selepas lonjakan disebabkan oleh Omicron, tetapi pemakaian pelitup muka masih dimestikan.

    Penduduk Korea Selatan akan dimestikan memakai pelitup muka di ruangan tertutup ‘untuk tempoh yang agak lama,’ menurut pihak berkuasa, dan menambah mereka mungkin melonggarkan pemakaian pelitup muka di ruangan terbuka dalam masa dua minggu, sekiranya kes terus menurun.

    “Perintah berkurung bagi peniaga tengah malam dan had perkumpulan seramai 10 orang akan dilonggarkan bermula Isnin,” kata Perdana Menteri, Kim Boo-kyum.

    Keputusan itu menandakan berakhirnya larangan penjarakan yang ketat selama dua tahun, yang telah memberikan kesan besar terhadap peniaga kecil-kecilan, dan menunjukkan Korea Selatan kini menuju kembali kepada kehidupan normal.

    Larangan ke atas kemudahan makanan seperti panggung wayang juga akan dilongarkan bermula 25 April.

    Tetapi mewajibkan orang awam untuk memakai pelitup muka di ruang tertutup ‘tidak dapat dielak untuk masa yang lama,’ untuk menghalang semula penularan, tambah Kim.

    Pegawai akan menilai semula sama ada untuk melonggarkan keperluan pemakaian pelitup muka di ruangan tertutup dalam masa dua minggu, tambahnya lagi.

    Lebih banyak bukti menunjukkan risiko penularan di ruangan tertutup adalah sangat rendah, dan di kebanyakan negara termasuk Amerika Syarikat, pelitup muka tidak lagi diperlukan di ruangan tertutup bagi mereka yang sudah lengkap divaksinasi.

    Langkah itu dibuat selepas Korea Selatan dilihat telah melepasi kemuncak penularan Omicron, dengan kes harian menurun di bawah kepada 100,000 minggu lalu, menjunam daripada 620,000 semasa kemuncak pada pertengahan Mac. – AFP

    Korea Selatan akan melonggarkan hampir kesemua langkah penjarakan sosial selepas penurunan dramatik kes COVID di negara itu namun pemakaian pelitup masih dikekalkan. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...