Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Penjawat awam Sarawak terima BKK dua bulan gaji

    KUCHING, 29 NOV – Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg hari ini mengumumkan Bantuan Khas Kewangan (BKK) sebanyak dua bulan gaji kepada penjawat awam negeri yang akan dibayar sebelum penghujung tahun ini.

    Beliau turut mengumumkan BKK berjumlah RM600 kepada penjawat awam Persekutuan yang berkhidmat di Sarawak sepanjang tahun ini dan bantuan akan dibayar awal tahun depan.

    Ketika menggulung perbahasan pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak hari ini, beliau berkata bantuan khas itu akan dibayar kepada kira-kira 28,000 penjawat awam negeri dan 130,000 penjawat awam persekutuan di Sarawak.

    Beliau berkata pembayaran bantuan khas itu sebagai menghargai sumbangan penjawat awam di Sarawak dalam melaksanakan mandat dan menggalas tanggung-jawab mereka dengan penuh amanah demi kesejahteraan rakyat negeri berkenaan.

    “Sebab itulah pendapatan negeri kita semakin bertambah kerana perkhidmatan awam bekerjasama dengan kerajaan untuk memberikan kesejahteraan kepada rakyat,” katanya. – Bernama

    Tan Sri Abang Johari Tun Openg ketika persidangan hari terakhir Mesyuarat Kedua bagi Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri Sarawak ke-19, kelmarin. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda