KUCHING, 14 MAC – Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Datuk Dr Adnan Mat, menggesa penjawat awam wanita mengambil langkah proaktif dengan menyertai Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR) bagi melindungi diri selepas waktu bekerja. Beliau berkata walaupun penjawat awam wanita menerima gaji dan bekerja sepanjang hari, mereka juga memainkan peranan penting