Syarikat induk taman tema The Wizarding World of Harry Potter dan The Amazing Adventures of Spider-Man mendapat nama baharu.
Pegawai di Universal Parks & Resorts baru-baru ini berkata divisyen Comcast NBCUniversal menukar namanya kepada Universal Destinations & Experiences untuk lebih mencerminkan kepelbagaian tarikan di Orlando, Florida, California Selatan, Jepun, China dan lain-lain lokasi.
Syarikat itu baru-baru ini mengumumkan bahawa ia sedang membina taman baharu yang menjurus kepada kanak-kanak kecil di Frisco, Texas, dan pengalaman hiburan seram yang mengasyikkan berdasarkan filem seram klasik Universal di Las Vegas.
“Universal Destinations & Experiences sejajar dengan aspirasi kami untuk menjadi destinasi pilihan dalam pasaran di mana kami berada hari ini dan pasaran yang kami masuki pada masa hadapan,” kata pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Universal Destinations & Experiences, Mark Woodbury. – AP