Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Penjenayah British ditahan di Thailand

    LONDON, 12 FEB – Ketua jenayah terancang British, Richard Wakeling ditahan di Thailand selepas menjadi buruan selama lima tahun.

    Pegawai dari Polis Diraja Thailand menahan suspek di sebuah bengkel kereta di Bangkok pada Jumaat, menurut Agensi Jenayah Kebangsaan (NCA).

    Wakeling dilaporkan tinggal di Hua Hin dan memiliki pasport palsu.

    Dia kini ditahan dan prosiding ekstradisi sedang dijalankan.

    Wakeling, 55, berasal dari Brentwood, Essex didakwa cuba mengimport £8 juta cecair amfetamin ke UK pada April 2016, lapor PA Media/dpa.

    Dia melarikan diri pada 2018 sebelum perbicaraannya bermula dan dijatuhi hukuman 11 tahun kerana gagal hadir di Mahkamah Mahkota Chelmsford pada 9 April tahun itu.

    Wakeling termasuk dalam senarai “individu paling dikehendaki” NCA.

    David Coyle, pengurus wilayah NCA bagi Thailand, berkata penangka-pan Wakeling adalah “satu lagi contoh” bahawa agensi itu bekerja “tanpa henti” dengan rakan kongsi antara-bangsa.

    “NCA telah bekerja tanpa henti untuk mengesan Wakeling dan memastikan dia kembali ke United Kingdom untuk menjalani hukuman penjara.

    “Saya mengucapkan terima kasih kepada pendakwa raya pejabat Peguam Negara, Polis Diraja Thai dan Pesuruhjaya Biro Siasatan Pusat kerana membantu kami mengenal pasti dan menangkap Wakeling,” katanya.

    Pada 2019, NCA mengeluarkan rayuan mengesan Wakeling dan mendedahkan rakaman CCTV. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...