Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Penjenayah ditahan semasa berparti, beli-belah di Itali

    ROME, 14 DIS – Salah seorang banduan paling berbahaya di Itali berjaya ditangkap semasa menghadiri sebuah pesta, kata polis Itali hari ini, manakala seorang lagi perompak berjaya ditahan ketika membeli-belah di sebuah pasar raya.

    Gaetano Angrisano, 31, dijatuhi hukuman penjara 10 tahun kerana mengedar dadah 18 bulan lalu dan berada dalam senarai ‘100 pelarian paling berbahaya’ Kementerian Dalam Negeri, kata polis Naples.

    Sebagai anggota berpengaruh dalam ahli kumpulan di kejiranan terkenal Scampia di bandar selatan Itali, dia dianggap sebagai ‘hantu’ yang ‘berjaya mengelak daripada ditangkap selama setahun setengah,’ menurut kenyataan pihak polis.

    Namun, setelah menerima maklumat bahawa Angrisano akan menghadiri sebuah parti di kompleks perumahan sosial semalam, kira-kira 250 anggota polis mengepung blok itu supaya ‘tiada sesiapa boleh masuk atau keluar’.

    “Mereka mengepungnya. Angrisano, yang telah dijemput ke sebuah parti, terpaksa meninggalkan rakan dan saudaranya sejurus selepas kek dipotong,” kata polis.

    Sementara itu, di Torvaianica, sebuah bandar pantai di selatan Rom, polis menahan seorang lelaki berusia 52 tahun yang dijatuhi hukuman penjara lebih 20 tahun pada November lalu atas kesalahan berkaitan dengan persatuan mafia dan perdagangan senjata serta dadah.

    Lelaki itu, dari Lecce di tenggara Itali, ‘dikesan di wilayah Lazio ketika membeli-belah di pasar raya dan segera ditangkap’, kata polis hari ini. – AFP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda