SUTHERLAND SPRINGS, Texas, 8 Nov – Lelaki bersenjata yang membunuh lebih 24 orang di sebuah gereja bandar kecil Texas pernah sekejap melarikan diri dari pusat kesihatan mental di New Mexico dalam tahun 2012, laporan polis menunjukkan.
Laporan itu juga menyatakan bahawa Devin Patrick Kelley pernah didapati cuba membawa masuk senapang ke pangkalan tentera dan mengancam pegawai-pegawai atasan di sana. Kelley juga dinamakan suspek dalam serangan seksual 2013 di New Braunfels, kira-kira 35 batu dari tempat kejadian serangan gereja Ahad lalu di Sutherland Springs.
Rekod-rekod itu yang muncul semalam menambah kepada sekurang-kurangnya tiga peluang yang terlepas yang mungkin memberikan penguatkuasaan undang-undang jalan untuk menghalang Kelley dari mendapatkan senjata lama sebelum dia membunuh kebanyakan jemaah di tengah upacara bersembahyang.
Pihak berkuasa berkata angka kematian seramai 26 tahun, termasuklah anak damit dalam kandungan dari salah seorang wanita yang dibunuh.

Kelley mati akibat menembak mati dirinya sendiri selepas dia dikejar oleh orang yang berada di situ dan kemudian keretanya terbabas.
Pasukan Tentera Laut semalam mengesahkan bahawa Kelley pernah dilawat di pusat itu selepas dia diletakkan di bawah pengurungan sebelum perbicaraan mahkamah tentera atas tuduhan dia telah menyerang isterinya pada masa itu dan memukul anaknya yang mengakibatkan tengkorak anak lelakinya retak.
Komitmen tiba-tiba kepada institusi mental akan menjadi alasan untuk tidak membenarkannya mendapatkan senjata sekiranya rekod-rekod pengurungannya itu diserahkan kepada pangkalan data persekutuan untuk menjalankan pemeriksaan latar belakang ke atas orang ramai yang hendak membeli senjata. – AP