Sabtu, 22 November 2025
29.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Penjenayah siber eksploitasi jualan kad SIM prabayar dalam talian

    KUALA LUMPUR, 1 SEPT – Penjenayah siber didapati mengeksploitasi penjualan kad SIM secara dalam talian di platform e-dagang untuk melakukan pelbagai jenayah termasuk penipuan, kerana keupayaan untuk memalsukan identiti, menurut Presiden Persatuan Pengguna Siber Malaysia (MCCA), Siraj Jalil.

    Beliau berkata pemalsuan itu dikenali sebagai kegiatan mule SIM card atau sim kad keldai, dan ia berlaku apabila kad SIM prabayar dijual di platform e-dagang, membolehkan penjenayah siber beroperasi tanpa dapat dikesan sekali gus menyukarkan siasatan pihak berkuasa. Menyifatkan perkara itu sebagai punca utama jenayah siber, Siraj berkata penjenayah bebas mencipta identiti palsu dan mendaftar dalam apa jua aplikasi digital dengan menggunakan nama individu lain. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda