SINGAPURA, 25 Jun – Penjenayah siber kini semakin kreatif dan mencari kaedah baharu dan canggih untuk mengakses data penting, dan kini peranti Internet Segala-galanya (IoT) di kediaman pintar menjadi sasaran terbaharu, kata McAfee, syarikat teknologi keselamatan khusus terbesar dunia.
Dalam temu bual dengan Bernama, Naib Presiden Pengguna, Asia Pasifik David Freer berkata terdapat sejumlah 5.5 juta peranti IoT yang disambungkan ke rumah di seluruh dunia setiap hari.
“Banyak peranti penghubung ini dikeluarkan dengan standard keselamatan yang rendah, dan dengan peranti ini dihubungkan kepada satu penghala (router), mewujudkan lebih banyak gerbang ke dalam rangkaian kediaman pintar, sekali gus menjadikan ia lebih mudah dikompromi,” katanya. – Bernama