Oleh Salawati Haji Yahya
BANDAR SERI BEGAWAN, 31 OGOS – Orang ramai yang menjual kit ujian COVID-19 disaran-kan untuk tidak mengambil kesempatan terhadap situasi yang berlaku ketika ini.
Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Isham bin Haji Jaafar menjelaskan semasa sidang media hari ini yang Kementerian Kesihatan masih lagi dalam proses untuk mendapatkan kit ujian koronavirus dan akan mengedarkan kepada pembekal untuk dijual sebaik saja memperolehi jumlah yang dikehendaki.
“Harga yang akan diberikan nanti adalah berpatutan dan kawalan harga itu juga akan dikawal oleh Kementerian Kesihatan sendiri,” tambahnya.