Saturday, April 27, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Penjual mi parodi Salt Bae dipenjara

    HANOI, 25 MEI – Mahkamah Vietnam telah memenjarakan seorang penjual mi yang menjadi tular kerana menyamar sebagai Salt Bae, selepas cef selebriti itu menghidangkan stik daun emas kepada seorang pegawai berkuasa, kata peguamnya.

    Pada 2021, Peter Lam Bui menyiarkan video parodi yang menyamar sebagai Salt Bae – cef Turkiye, Nusret Gokce yang menukar meme terkenalnya menjadi kedai makan mewah – dengan menabur herba pada mi sup, dan menggelar dirinya ‘Green Onion Bae’.

    Tetapi video itu muncul selepas klip seorang pegawai tinggi Vietnam di London menyantap stik di Knightsbridge, Gokce menjadi tular di Vietnam.

    Lam menghadapi masalah dalam beberapa hari selepas memuat naik videonya dan merakam lawatan polis ke rumahnya di tengah bandar Danang.

    Hari ini, bekas aktivis berusia 39 tahun itu disabitkan dengan tuduhan menyebarkan propaganda antinegara oleh mahkamah di Danang, peguam Le Dinh Viet memberitahu AFP.

    “Mereka mendakwa defendan berdasarkan siaran dan klip video Lam dalam akaunnya di platform media sosial,” kata Viet.

    Tiada apa-apa tentang klip Salt Bae, tambahnya.

    Lam menafikan tuduhan itu dan berkata dia hanya “menyatakan pandangan peribadinya dan menggunakan haknya untuk kebebasan bersuara”.

    Dia juga dihukum empat tahun tempoh percubaan.

    Video parodi Lam dibuat selepas To Lam, menteri keselamatan awam Vietnam – yang agensinya memantau perbezaan pendapat dan mengawas aktivis – dirakam sedang makan di Nusr-Et Steakhouse mewah Gokce.

    Restoran itu menyajikan stik yang dibalut dengan daun emas 24 karat yang boleh dimakan, dilaporkan berharga lebih AS$1,000, dan video itu mencetuskan kemarahan atas kemewahan yang dipamerkan ketika Vietnam bergelut menghadapi wabak COVID. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...