Sunday, November 17, 2024
23.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Penjual telefon pintar termurah ditahan polis

    LUCKNOW, India, 24 Feb – Pengarah sebuah syarikat India yang mendakwa ia menjual telefon pintar termurah di dunia telah ditahan kelmarin atas dakwaan penipuan, menurut pihak polis hari ini.

    Mohit Goel telah ditahan di pinggir bandar New Delhi di Ghaziabad berikutan satu aduan yang mengatakan syarikatnya Ringing Bells tidak membekalkan telefon bimbit yang syarikat pengedaran telefon bayar.

    Pelancaran telefon pintar digelar “Freedom251” yang berharga 251 rupees (AS$3.70) dalam Februari 2016 secara meluas diberi liputan oleh media India. Laman web syarikat berkenaan yang mengambil tempahan awal mengalami kerosakan dengan ribuan orang cuba untuk mengaksesnya bagi penempahan telefon. Kebanyakan pelanggan yang membeli telefon itu pada ketika itu mengatakan mereka gembira dengan ciri-ciri yang terdapat pada telefon bimbit berkenaan.

    Jurucakap Polis, Rahul Srivastava berkata penangkapan itu dibuat selepas pengedar syarikat, Ayam Enterprises, memfailkan satu aduan yang ia telah membayar Goel 3 juta rupees, namun hanya menerima telefon bimbit yang bernilai hanya 1.3 juta rupees.

    Dalam aduan mereka, Ayam Enterprises berkata mereka telah bersetuju untuk mengedar telefon-telefon tersebut dan telah membayar terlebih awal kepada Ringing Bells.

    Mohit Goel yang menggemparkan dunia tahun lepas di mana syarikatnya telah mengeluarkan telefon pintar termurah dunia pada harga AS$3.70. – AP
    Mohit Goel yang menggemparkan dunia tahun lepas di mana syarikatnya telah mengeluarkan telefon pintar termurah dunia pada harga AS$3.70. – AP

    Ringing Bells gagal untuk membekalkan telefon bimbit berkenaan atau mengembalikan wang kepada pengedar berkenaan meskipun sudah berkali-kali menerima peringatan, tambah pihak polis.

    Bagaimanapun, syarikat Goel berdepan dengan masalah apabila beberapa 30,000 pelanggan yang membayar bagi telefon bimbit berkenaan melalui laman web Ringing Bells dan dijanjikan penghantaran telefon bimbit itu sebelum bulan Jun, tidak menerima telefon bimbit mereka.

    Penipuan kewangan adalah satu kebiasaan di India apabila orang menjadi mangsa kepada scam (penipu). Penganalisis industri telefon bimbit ragu-ragu mengenai telefon pintar murah berkenaan dan keterujaan bagi telefon Goel mula pudar selepas bekalan dihentikan. – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda