Wednesday, March 19, 2025
28.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Penjualan botol plastik kegunaan tunggal dilarang

    SAN FRANCISCO, 4 OGOS – Lapangan Terbang Antarabangsa San Francisco mengharamkan penjualan botol plastik kegunaan tunggal, meminta penumpang membeli botol isi semula jika tidak membawa bekal sendiri, lapor media Amerika Syarikat semalam.

    Peraturan baharu itu berkuat kuasa 20 Ogos ini, lapor San Francisco Chronicle, dan sebahagian pelan lima tahun untuk mengurangkan sisa tapak pelupusan, pelepasan jumlah karbon dan penggunaan jumlah tenaga kepada sifar.

    “Kami adalah lapangan terbang pertama melaksanakan perubahan ini,” kata jurucakap lapangan terbang, Doug Yakel.

    Larangan itu tertakluk kepada semua restoran, kafe dan mesin vending, walaupun tidak kepada pesawat yang menggunakan lapangan terbang itu. Ia mengecualikan jenama air berperisa.

    Air bertapis disediakan secara percuma di 100 stesen penghidratan, yang menyaksikan penumpang boleh mengisi gelas atau botol logam.

    Lapangan terbang itu menggambarkan ia sebagai pemimpin industri dalam kemapanan, pemasangan panel solar dan mengarahkan semua penyewa menggunakan bekal makanan komposit termasuk penyedut minuman dan perkakas. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda