Wednesday, January 15, 2025
24.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Penjualan mainan kiwi ditarik balik

    WELLINGTON, 15 DIS – Sebuah kedai rangkaian New Zealand telah menarik balik penjualan barang mainan berbentuk kiwi untuk anjing, selepas tindak balas daripada ahli pemuliharaan yang cuba menyelamatkan burung terancam itu.

    Terdapat kurang daripada 70,000 ekor kiwi yang tinggal di New Zealand, menurut angka rasmi, dan anjing adalah salah satu daripada pembunuh utama burung dewasa di hutan.

    Rangkaian penjual barang perkakas, Mitre 10, telah bersetuju untuk menghentikan penjualan permainan tersebut selepas aduan daripada ahli pemuliharaan.

    “Kami benar-benar berusaha untuk memastikan kiwi terselamat daripada beberapa jenis perosak dan pemangsa di luar sana dan salah satunya ialah anjing liar,” kata Ketua Eksekutif Save the Kiwi, Michelle Impey kepada AFP hari ini.

    Populasi kiwi negara telah menurun sekitar dua peratus setiap tahun. AFP telah menghubungi Mitre 10 untuk mendapatkan ulasan. – AFP

    Populasi kiwi semakin menurun dan dianggap sebagai spesis terancam – Agnesi

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda