Saturday, May 10, 2025
26.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    PENJURU akhiri majlis tadarus di bulan Ramadan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 30 APRIL – Majlis Tadarus Al-Quran 30 juzuk di bulan Ramadan Persatuan Jururawat Negara Brunei Darussalam (PENJURU) berakhir hari ini dengan majlis khatam Al-Quran yang berlangsung di Hotel Jeruton, Jerudong.

    Majlis telah dihadiri oleh Yang Dipertua PENJURU, Datin Paduka Hajah Suraya Noraidah binti Abdullah. Hadir sama ialah ahli-ahli jawatankuasa tertinggi persatuan dan ahli-ahli PENJURU.

    Majlis khatam berkenaan juga telah diselajurkan dengan penyampaian sumbangan daripada persatuan berkenaan kepada seramai 16 orang anak yatim.

    Acara tersebut merupakan salah satu acara keagamaan yang dikendalikan setiap tahun oleh PENJURU dalam mendekatkan lagi hubungan silaturahim antara kepimpinan akar umbi persatuan dan ahli-ahlinya serta anak-anak yatim daripada golongan jururawat dan bidan di Kementerian Kesihatan.

    Antara tujuan program berkenaan adalah bagi memperkasakan kemahiran, kepimpinan dalam kalangan ahli-ahli persatuan dan menerapkan semangat kerjasama dalam kalangan ahli persatuan serta tidak lupa juga untuk menanamkan sifat tanggungjawab yang harus diketahui atau dipraktikkan sebagai seorang jururawat dan pemimpin masa hadapan melalui dengan aktiviti seperti ini dan meningkatkan rasa perpaduan antara sesamanya.

    Datin Paduka Hajah Suraya Noraidah menyampaikan sumbangan kepada salah seorang penerima pada majlis khatam Al-Quran berkenaan. – Gambar serahan PENJURU
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda