Sabtu, 22 November 2025
23.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    PENJURU sambut Hari Raya dengan aktiviti kekeluargaan

    Oleh Salawati Haji Yahya –

    BANDAR SERI BEGAWAN 28 APRIL – Persatuan Jururawat Negara Brunei Darussalam (PENJURU) telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri PENJURU bersama keluarga yang diadakan di Dewan Al-Afiah, Kementerian Kesihatan, hari ini.

    Terdahulu, pada majlis tersebut, Yang Dipertua PENJURU, Datin Hajah Suraya Noraidah binti Abdullah dalam ucapan alu-aluannya antara lain telah menggariskan, PENJURU akan sentiasa berganding bahu dalam menepati wawasan Kementerian Kesihatan untuk memberikan penjagaan yang terbaik kepada seluruh rakyat di mana sahaja mereka berada.

    Katanya lagi, “PENJURU sebagai badan profesional akan terus mengungkayahkan aktiviti yang berupaya memperkasa keterampilan ahli PENJURU, seperti aktiviti keagamaan dan kemasyarakatan, selain akan mengadakan ceramah bagi peningkatan profesional untuk melengkapi kemahiran dan ilmu masing-masing.”

    Di samping itu, para jururawat dan bidan juga disarankan untuk sentiasa mengutamakan ciri-ciri memberikan khidmat bakit kepada masyarakat yang memerlukan pemedulian dan perawatan tanpa mengira latar belakang, kepercayaan, sosio ekonomi dan budaya dengan berlandsakan Melayu Islam Beraja sebagai asas kecemerlangan dalam memberikan perkhidmatan.

    Majlis sambutan itu turut dimeriahkan dengan acara nyanyian beramai daripada ahli jawatankuasa dan ahli PENJURU serta diisikan dengan beberapa aktiviti permainan.

    Persembahan nyanyian lagu Hari Raya daripada ahli jawatankuasa dan ahli PENJURU. – GAMBAR OLEH SALAWATI HAJI YAHYA
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda