Monday, October 7, 2024
23.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    PENJURU turut meriahkan acara perarakan

    Oleh Normazlina M.D

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 8 Okt – Persatuan Jururawat Negara Brunei Darussalam (PENJURU) juga tidak ketinggalan memeriahkan Istiadat Perarakan bersempena Sambutan Jubli Emas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Menaiki Takhta, baru-baru ini, di mana seramai 50 orang ahlinya berkumpul di ibu negara.

    Dengan memakai pakaian seragam berwarna biru, ahli-ahli PENJURU menunjukkan semangat kental turut serta bersama ribuan rakyat mengambil bahagian mengibar bendera dan mula berhimpun di sana seawal jam 5.30 pagi.

    Kumpulan PENJURU berkenaan telah diketuai oleh Naib Yang Di-Pertua, Hajah Asmah binti Haji Omar dan Penyelaras Pasukan, Hajah Halimah binti Haji Mohd Tahir.

    Selepas Istiadat Perarakan dijalankan, semua ahli PENJURU merasa sangat bersyukur dan gembira kerana berpeluang ikut serta dan menyaksikan sendiri peristiwa bersejarah tersebut.

    Ahli-ahli PENJURU berkumpul di ibu negara semasa Istiadat Perarakan sempena Sambutan Jubli Emas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Menaiki Takhta, baru-baru ini.

    Dalam kesempatan itu, ahli-ahli PENJURU turut menjunjung kasih di atas keperihatinan dan pemedulian Kebawah Duli Yang Maha Mulia kepada kebajikan dan kesejahteraan seluruh masyarakat yang bernaung di negara ini, dan juga memanjatkan doa agar Baginda akan dikurniakan kesihatan yang berpanjangan dan kekal karar disinggah sana pemerintahan.

    Salah seorang ahli PENJURU, Haji Sabli bin Haji Besar relah melahirkan perasaan sangat bersyukur kerana berkesempatan menyaksikan secara langsung peristiwa hari bersejarah berkenaan dan berharap akan kesempatan menyaksikan perarakan seperti itu pada tahun-tahun yang akan datang.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda