Tuesday, May 13, 2025
25 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pennock puji semangat pemain

    Oleh Fadhil Yunus

    BANDAR SERI BEGAWAN, 31 OKT – Jurulatih DPMM FC Adrian Pennock memberi penghormatan kepada anak buahnya selepas musim luar biasa meskipun terlepas final Piala Singapura selepas tewas 4-2 dalam penentuan penalti kepada Warriors FC di Stadium Jurong East Singapura, kelmarin.

    Warriors yang memenangi pusingan kedua 5-4, seri 5-5 secara agregat, mengingatkan kembali kempen 2015 apabila DPMM FC tewas pusingan kedua kepada Home United di Stadium Yishun selepas berbekalkan kelebihan satu gol daripada perlawanan pertama.

    “Kami mempunyai musim yang luar biasa apabila menjadi juara Liga Perdana Singapura (SPL) 2019 dan mara ke separuh akhir Piala Singapura walaupun kedua-dua pusingan diadakan di gelanggang lawan,” kata Pennock dalam temuramah selepas perlawanan.

    Beliau menambah, “Kami beraksi di gelanggang luar selama 10 hingga 15 hari. Tetapi, saya amat berbangga dengan semangat para pemain.”

    Walaupun tewas, Pennock tetap gembira kerana kerana skuadnya memberikan yang terbaik untuk perlawanan akhir sekali gus menunjukkan mereka berhak mendapat peluang bagi merebut kejuaraan itu.

    Adrian Pennock. – Infofoto

    Bekas pengurus Gillingham itu ketika memuji pemainnya berkata, “Saya berdiri di sini sebagai jurulatih juara SPL. Kami melangkah dengan senyuman.”

    Sementara itu, ketua jurulatih Warriors FC, Azlan Alipah mengakui juara SPL sebagai lawan yang sukar ditewaskan apabila memberikan tentangan sengit kepada pasukannya sebelum mara ke final.

    “Ia adalah permainan yang amat sukar. Bagaimanapun, pemain kami kekal dengan perancangan, berdisiplin dan tetap melangkah ke hadapan,” kata Alipah.

    Beliau menambah, “Ia adalah permainan hebat Warriors. DPMM FC adalah pasukan yang bagus tetapi kami berhak untuk beraksi pada final.”

    “Menentang Tampines pasti bukan permainan yang mudah kerana kami mengharungi permainan yang panjang hari ini. Para pemain perlu berehat untuk pulih sepenuhnya. Bagi saya, mereka layak berada di final bersama Tampines.”

    Warriors terus memburu mahkota Piala Singapura kelima sementara Tampines pula akan mengejar kejuaraan keempat mereka.

    DPMM FC akan menentang Geylang International FC untuk penentuan tempat ketiga manakala Warriors dan Tampines Rovers FC akan betemu untuk menentukan siapa juara tahun ini.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda