Tuesday, February 25, 2025
23.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Penolong Mufti Buhuth hadiri muzakarah

    BANDAR SERI BEGAWAN, 24 FEB – Penolong Mufti Buhuth, Dato Seri Setia Dr Haji Mazanan bin Haji Yusof petang kelmarin telah bertolak ke Perak, Malaysia sebagai wakil kepada Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia Dr Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned, untuk menghadiri Muzakarah Sultan Nazrin Muizzuddin Shah 2025, anjuran Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan.

    Turut mendampingi beliau ialah Pegawai Buhuth di Jabatan Mufti Kerajaan, Awang Mohammad Hilmi bin Yakop.

    Muzakarah tersebut dijadualkan berlangsung selama dua hari bermula pada 24 sehingga 26 Februari, di Pusat Konvensyen Aman Jaya, Casuarina @ Meru, Bandar Meru Raya, Ipoh, Perak. Tema pada kali ini ialah Pemerkasaan Integrasi Antara Fiqh dan Tasawuf.

    Muzakarah itu dirasmikan oleh Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan Sultan Nazrin Muizzuddin Shah. Turut berangkat, Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Perak Darul Ridzuan berserta anakanda-anakanda Baginda Sultan Perak Darul Ridzuan.

    Dato Seri Setia Dr Haji Mazanan dan Awang Mohammad Hilmi sebelum berangkat meninggalkan negara. – GAMBAR SERAHAN JMK
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda