Monday, July 8, 2024
28.5 C
Brunei

    -

    Penolong Mufti hadiri Muzakarah Zakat Nusantara ke-2 di Malaysia

    Oleh Salawati Haji Yahya –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 30 JUN – Penolong Mufti (Buhuth), Dato Seri Setia Dr Haji Mazanan bin Haji Yusof telah bertolak ke Selangor, Malaysia, hari ini sebagai wakil Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia Dr Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned untuk membentang kertas kerja semasa Muzakarah Zakat Nusantara ke-2 Tahun 2024.

    Acara tahunan berkenaan dijadualkan berlangsung selama empat hari yang bermula esok hingga 4 Julai di Bangi Resort Hotel, Bandar Baru Bangi, Selangor, Malaysia di mana beliau akan membentangkan tajuk Agihan Dana Zakat oleh Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD): Suatu Sorotan.

    Turut mengiringi beliau ialah Pegawai Buhuth di Jabatan Mufti Kerajaan (JMK), Pengiran Muhammad Wafiuddin bin Pengiran Haji Zulkarnain.

    Membawakan tema Kelestarian Syariah dan Pemerkasaan Dakwah Zakat Mendepani Keperluan Zaman, muzakarah berkenaan merupakan anjuran Pusat Kajian Dakwah dan Kepimpinan & Pusat Kajian Syariah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dengan kerjasama Lembaga Zakat Negeri Selangor (LZS).

    Pada penganjuran julung kali tahun lepas, muzakarah itu telah berjaya menghimpunkan para pemain dalam industri zakat melibatkan lima buah negara iaitu Malaysia, Indonesia, Brunei Darussalam, Singapura dan Thailand.

    Ia diharapkan menjadi medan terbaik untuk mempertemukan para pakar dan pengamal zakat, melibatkan penggubal fatwa, pembuat dasar, pengambil keputusan syariah dan juga tenaga pelaksana zakat, seterusnya saling berkongsi dan mempelajari perkembangan dalam industri zakat di negara masing-masing untuk dibawa pulang dan dilaksanakan di negara sendiri demi manfaat bersama.

    Dato Seri Setia Dr Haji Mazanan berlepas ke Malaysia bagi mewakili Mufti Kerajaan bagi membentang kertas kerja semasa Muzakarah Zakat Nusantara ke-2 Tahun 2024. – GAMBAR SERAHAN JMK
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gempa bumi 6 skala Richter landa Jepun

    KUALA LUMPUR, 8 JULAI - Satu gempa bumi kuat berukuran enam pada skala Richter dikesan berlaku di Kepulauan Bonin, Jepun pada jam 4.01 pagi tadi.  Jabatan Meteorologi Malaysia...