Friday, March 14, 2025
29.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Penolong mufti hadiri seminar di Malaysia

    BANDAR SERI BEGAWAN, 29 JUN – Penolong Mufti (‘Ifta), Dr Haji Dennie bin Haji Abdullah, selaku wakil Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned, telah bertolak ke Kuala Lumpur, Malaysia hari ini bagi menghadiri Seminar Ulama Asia Tenggara 2022.

    Turut mengiringi beliau ke seminar itu ialah Ketua Istinbat, Jabatan Mufti Kerajaan, Haji Abdul Rahman bin Pengarah Haji Mokti.

    Seminar anjuran bersama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dengan kerjasama Muslim World League (MWL) bertemakan ‘Kesatuan Ummah’ itu akan berlangsung esok.

    Perdana Menteri Malaysia, Tuan Yang Terutama Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob dijadualkan akan menyampaikan ucaptama perasmian.

    Menurut kenyataan Jabatan Mufti Kerajaan, antara objektif seminar adalah bagi membangunkan wawasan tamadun bersama untuk penyatuan nilai perpaduan dan kesederhanaan dalam masyarakat, membanteras ancaman pemikiran ekstremisme dan mengubah konflik antara kepelbagaian politik kepada persefahaman, kerjasama dan perpaduan.

    Di samping itu, seminar turut berobjektif untuk merangka program praktikal, inisiatif dan cadangan untuk memastikan kemampuan yang berkesan bagi mencapai objektif forum serta membina rangkaian peserta.

    Seminar berkenan dijangka akan dihadiri seramai 1,000 orang peserta dari kalangan pemimpin dan cendekiawan Islam dari 20 buah negara.

    Dr Haji Dennie dan Haji Abdul Rahman bertolak ke Kuala Lumpur, Malaysia bagi menghadiri Seminar Ulama Asia Tenggara 2022.- Gambar serahan Jabatan Mufti
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda