Sunday, July 13, 2025
30.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Penolong pengadil peminat Haaland

    MANCHESTER, UNITED KINGDOM, 7 APRIL – Bintang Borussia Dortmund, Erling Haaland kini dikejar banyak kelab utama Eropah tetapi penolong pengadil telah berjaya mendapatkan tandatangan pemain Norway itu.

    Insiden berkenaan berlaku selepas tamat perlawanan suku akhir pertama Liga Juara-Juara yang menyaksikan Manchester City melakar kemenangan 2-1 ke atas Dortmund, hari ini.

    Haaland gagal menambah jaringan hebatnya dalam Liga Juara-Juara, namun membantu Marco Reus mendapatkan gol penting di tempat lawan buat kelab Jerman itu.

    Selepas perlawanan itu, Haaland didekati oleh seorang penjaga garisan, Octavian Sovre, dalam terowong pemain bagi mendapatkan autograf.

    “Mereka memberitahu saya, saya tidak melihatnya. Mungkin dia peminat Haaland,” kata Pengurus City, Pep Guardiola.

    Pegawai Romania itu juga terbabit dalam beberapa kontroversi ketika perlawanan.

    Penalti diberikan kepada City ditarik balik selepas melihat rakaman pengadil bantuan video (VAR) manakala gol pemain Dortmund, Jude Bellingham dibatalkan kerana mengangkat but terlalu tinggi ketika menewaskan Ederson.

    Bagaimanapun Guardiola mempertahankannya.

    “Pengadil bagus. Tiada masalah dengan permainan. Ia penalti dan selepas mereka melihat VAR, ia sebenarnya tidak. Mengenai gol Bellingham, kaki pemain itu tinggi daripada apa dijangkakan.” – AFP

    Reaksi kecewa Haaland selepas gagal menjaringkan gol pada perlawanan menentang Manchester City, kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda