Tuesday, April 8, 2025
25.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Penonton marah jalan cerita ‘Seribu Tahun’ perlahan

    Pelakon Malaysia, Noorkhiriah meminta penonton bersabar apabila ada meluahkan perasaan tidak puas hati jalan cerita drama Seribu Tahun agak perlahan.

    Menurut mStar, Noorkhiriah atau Noorkhiriah Ahmad Shafie, 47, memberitahu perjalanan plot drama berkenaan akan berkembang menerusi episod seterusnya.

    Kata Noorkhiriah, watak yang dipegang sebagai Nor itu akan memberi kesan dengan babak-babak yang boleh membuatkan penonton menangis. 

    “Ramai yang komen cerita ini (Seribu Tahun) tak bergerak-gerak. Sabar.

    “Minggu depan segala sakit tangis menangis Nor (nama watak) bermula,” ujarnya.

    Noorkhiriah berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya.

    Tidak melenting dengan komen diterima, Noorkhiriah sebaliknya menerima baik respons penonton terhadap drama berkenaan. 

    Malah katanya, penggambaran drama arahan Sharulezad itu masih berjalan dan pihak produksi akan cuba memperbaiki jalan cerita agar lebih diterima ramai. 

    Sebelum ini, Seribu Tahun menerima pelbagai reaksi penonton termasuk ada yang menganggap jalan cerita drama 24 episod itu terlalu perlahan. 

    Malah, babak flashback yang digarap Sharulezad atau lebih dikenali sebagai Budak Ijat memberi sedikit kekeliruan kepada penonton. 

    Selain Noorkhiriah, Seribu Tahun turut dibintangi pelakon popular termasuk Azhan Rani dan Emma Maembong. – Agensi

    Noorkhiriah bergandingan dengan Azhan (kanan) dalam drama Seribu Tahun. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda