Tuesday, December 31, 2024
23.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Penonton marah watak penyondol Mimi Lana

    Pelakon Mimi Lana memohon agar warganet tidak mendoakan keburukan buat dirinya disebabkan watak penyondol yang dibawa menerusi sebuah drama berjudul Andai Tiada Dia.

    Mimi atau Mimi Roziana Zainal Abidin, 29, berkata watak Intan yang dibawa dalam drama tersebut adalah berbeza dengan sikap peribadinya sendiri.

    Malah, dia memohon agar penonton tidak terlalu emosi kerana watak penyondol yang dibawa itu hanyalah sekadar untuk memberi pengajaran kepada masyarakat.

    “Korang janganlah mendoakan perkara yang tidak baik atas nama sebenar saya. Intan (nama watak) sudah tentu bukan Mimi Lana yang sebenar.

    “Saya hanya membawakan watak yang sedang berlaku di sekeliling kita semua untuk dijadikan iktibar dan jauhkan perangai macam Intan daripada kita semua.

    “Harapnya korang terhibur dengan drama tersebut dan jangan terlalu emosi okay,” katanya.

    Mimi berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya.

    Dalam pada itu, Mimi memberitahu dia menerima segala respon itu dengan hati terbuka.

    Malah, dia juga memahami mengapa warganet menjadi sensitif lebih-lebih lagi banyak isu penyondol yang berlaku dalam kalangan masyarakat hari ini. – Agensi

    Mimi berjaya membawakan watak penyondol dengan baik. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda