Monday, October 14, 2024
28.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Penonton pilih Cillian Murphy untuk Doctor Doom bukan Robert Downey Jr

    Susulan pengumuman pelakon Robert Downey Jr sah membawa watak Doctor Doom dalam francais filem Marvel, kebanyakkan peminat meluahkan rasa tidak berpuas hati dengan keputusan itu.

    Rata-ratanya menyuarakan pandangan aktor Cillian Murphy lebih layak diberikan peranan tersebut berbanding Robert yang memegang watak sebagai Tony Stark dan Iron Man sebelum ini. Murphy pernah berlakon bersama Robert menerusi filem Oppenheimer, dan beberapa peminat mencadangkan bahawa pelakon Ireland itu lebih sesuai untuk Avengers: Doomsday.

    Sebelum ini, kematian Tony Stark dan Iron Man dalam Avengers: Endgame adalah dramatik, jadi ramai merasakan kepulangan Robert akan merosakkan francais berkenaan. Menjengah ke laman X, peminat menyatakan kekecewaan kerana Murphy tidak diberikan peranan sebagai Doctor Doom.

    “Semua tahu yang Cillian Murphy pilihan terbaik, kenapa perlu kembalikan Robert ke dalam francais?; Marvel sangat terdesak sampai sanggup bawa Robert Kembali dengan menawarkan watak berbeza; Saya suka Robert tapi untuk watak Doctor Doom adalah lebih baik dibawa oleh Cillian Murphy,” tulis warganet di laman X. – Agensi

    Robert (kanan) dan Murphy pernah bergandingan dalam filem Oppenheimer. – mStar

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda