Saturday, April 20, 2024
29.4 C
Brunei

    -

    Penonton tidak dibenarkan hadir perlawanan LFB

    Oleh Fadhil Yunus

    BANDAR SERI BEGAWAN, 17 MAC – Penonton tidak akan dibenarkan menghadiri perlawanan Liga Futsal Brunei (LFB) 2023 terpilih, badan induk bola sepak kebangsaan negara, Persatuan Bola Sepak Brunei Darussalam (FABD) mengumumkan baru-baru ini.

    Perlawanan yang terlibat ialah pasukan Almerez FC menentang MS ABDB, GG-Indera SC menentang Street United, dan Almerez FC menentang Street United.

    Keputusan itu dibuat berikutan insiden yang berlaku ketika perlawanan di antara Almerez FC dan GG-Indera SC baru-baru ini.

    Semasa mesyuarat, jawatankuasa tetap telah mencadangkan bahawa para penonton dan penyokong pasukan adalah tidak dibenarkan untuk menghadiri semua perlawanan yang melibatkan kedua-dua pasukan sehingga maklumat lanjut diumumkan dan keputusan selanjutnya akan dibuat oleh Badan Disiplin dan Etika FABD.

    Keputusan yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Eksekutif FABD itu mula berkuat kuasa Isnin lalu.

    Dalam pada itu, Jawatankuasa Tetap Undang-undang mengingatkan semua kelab dan pasukan yang mengambil bahagian dalam semua pertandingan FABD atau pertandingan yang disahkan untuk mematuhi segala peraturan.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...