Thursday, December 26, 2024
24.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pensijilan logo halal Jakim tidak cakupi skop makanan ternakan

    PUTRAJAYA, 2 JUN – Pensijilan logo halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) adalah berfokus kepada pensijilan halal bagi makanan manusia, dan ia tidak mencakupi skop makanan ternakan, kata Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS).

    “Justeru logo halal tidak boleh digunakan pada label makanan haiwan,” kata DVS dalam satu kenyataan hari ini sebagai maklum balas terhadap penulisan ‘Dr Saari’ yang tular di aplikasi ‘WhatsApp’ mengenai status halal makanan ternakan untuk ayam.

    DVS juga berkata penulisan “Dr Saari” yang ditular itu merupakan isu yang diketengahkan pada 2007 dan pernah dijawab Jakim pada 20 Jun 2016.

    Semakan mendapati isu tersebut tular sejak 2007 yang mana pengamal media sosial yang memperkenalkan diri sebagai Dr Saari dari sebuah universiti awam mendakwa makanan ternakan terutamanya ayam mengandungi sumber tidak halal.

    DVS berkata aktiviti pengilangan makanan ternakan ayam adalah tertakluk kepada Akta Makanan Haiwan 2009 yang mengawal selia kualiti makanan haiwan dengan mengawal pengimportan, pembuatan, penjualan dan penggunaan makanan haiwan serta bahan tambahan makanan haiwan. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda