Friday, January 17, 2025
29.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Penstriman langsung China tumpu perhatian pada jualan TikTok

    HONG KONG – Penstriman langsung China telah menumpukan perhatian kepada pembeli TikTok di Amerika Syarikat (AS) dan Eropah, menjual pelbagai produk daripada beg dan pakaian hingga barangan kristal dan menumpukan pasaran yang berpotensi menguntungkan, walaupun terdapat ketidakpastian mengenai masa depan platform itu di AS dan di tempat lain.

    Di China, di mana e-dagang penstriman langsung diramalkan mencecah 4.9 trilion yuan (AS$676 bilion) menjelang akhir tahun, hos popular seperti Raja Gincu, Austin Li memperoleh jualan puluhan juta dolar dalam satu penstriman langsung. Banyak jenama, termasuk L’Oreal, Nike dan Louis Vuitton, telah mula menggunakan penstriman langsung untuk menjangkau lebih ramai pembeli.

    Tetapi pasaran penstriman langsung yang sangat berdaya saing di China telah menyebabkan beberapa hos menyasarkan ke pasaran Barat untuk mencari tempat bagi diri mereka sendiri.

    Bekas tutor bahasa Inggeris, Oreo Deng menjual barang kemas kepada pelanggan AS melalui penstrim langsung di TikTok, menyampaikan promosi jualannya dalam bahasa Inggeris selama sekitar empat hingga enam jam sehari.

    “Saya mahu mencuba penstriman langsung di TikTok kerana ia sejajar dengan pengalaman saya sebagai tutor bahasa Inggeris dan pekerjaan saya yang lalu bekerja dalam e-dagang rentas sempadan,” kata Deng.

    Salah seorang Tiktoker terawal di China, menjalankan penstriman langsung dari studionya di Shenzhen di wilayah Guangdong, selatan China. – Gambar AP
    Oreo Deng, yang menjual barang kemas kepada pelanggan AS melalui penstriman langsung di TikTok. – Gambar AP

    Sejak 2019, platform e-dagang barat seperti Amazon dan Facebook telah bereksperimen dengan penstriman langsung e-dagang selepas melihat kejayaan platform China seperti Tmall dan Taobao Alibaba, dan Douyin, platform seakan TikTok di China.

    TikTok mula menguji ciri beli-belah langsungnya pada tahun 2021. Pedagang berdaftar dari AS, Indonesia, Vietnam dan Singapura, antara negara lain, kini boleh menjual melalui penstriman langsung dalam talian.

    Tetapi penstriman langsung e-dagang masih belum bermu-la di AS. Pasaran e-dagang penstriman langsung di AS – pasaran pengguna terbesar dunia – dijangka berkembang kepada AS$68 bilion menjelang 2026, menurut firma penyelidikan dan penasihat Coresight Research.

    Sambutan yang agak suam-suam kuku menyebabkan Facebook menutup ciri beli-belah secara langsung tahun lepas.

    Bagi TikTok, platform itu mempunyai risiko tambahan yang berpotensi menghadapi sekatan AS akibat ketegangan antara Beijing dan Washington.

    Freisa Weaver, 36, yang tinggal di Florida, terjumpa penstriman langsung TikTok yang menjual kristal 10 bulan lalu.

    Ia menggunakan taktik popular yang dipanggil lucky scoop di mana pembeli membayar harga yang ditetapkan untuk menerima beberapa item rawak yang dicedok dari bekas kristal yang besar. – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda