Jumaat, 21 November 2025
Klik Lagi

    Penstriman video sebagai kerjaya

    Trend berkembang seiring dengan peredaran zaman yang semakin canggih telah membawa kepada kemunculan pekerjaan baharu yang memanfaatkan aplikasi media sosial seperti Facebook, Instagram, YouTube, TikTok dan sebagainya.

    Sebagai seorang pengguna yang aktif memuat naik pelbagai kandungan mengenai penggembaraan menerusi platform TikTok secara suka-suka, pernah terdetik dalam fikiran saya untuk menjadikan hobi mencipta kandungan ini sebagai pekerjaan tetap.

    Namun satu perkara yang mengecewakan saya ialah kita tidak dapat menjana pengewangan melalui platform media sosial.

    Sedangkan pada masa ini banyak negara telah menjadikan industri tersebut sebagai cara untuk memperolehi hasil pendapatan sekali gus kerjaya pada masa lapang.

    Justeru, saya menyarankan kepada pihak berkenaan supaya mengambil langkah tertentu bagi usaha tersebut agar masyarakat di negara ini mampu berdikari sendiri selaras dengan perkembangan semasa.

    Sebagai contoh, mereka boleh membuat kandungan yang bermanfaat tentang Brunei, makanan serta tempat menarik yang terdapat di negara ini dan sebagainya. Dengan cara itu juga mampu membantu memperkenalkan negara ini kepada dunia luar.

    Selain itu, menerusi pembabitan mereka dalam bidang tersebut juga secara tidak langsung mampu mengurangkan pengangguran di negara ini, di samping tidak hanya bergantung pada pihak kerajaan dan swasta dalam mencari peluang pekerjaan.

    Ticktokerz

    Gambar Envato

    Kata Kunci

    Popular

    Nasional

    BMC anjur kempen derma darah

    36 individu ditahan dalam Ops Tapis di Sibu

    Lukisan Frida Kahlo dilelong AS$54.6 juta

    Berita Berkaitan

    Lawatan sambil belajar dedah peranan MMN kepada pelajar

    BANDAR SERI BEGAWAN, 21 NOV – Sepanjang bulan November...

    Lebih 20 kakitangan StanChart Brunei sertai Sukan SC

    BANDAR SERI BEGAWAN, 20 NOV – Lebih 20 kakitangan...

    Remaja Australia bawah 16 tahun dilarang guna Facebook, Instagram mulai 4...

    SYDNEY, 19 NOV - Warga Australia yang berumur bawah...

    Ketua saintis AI Meta akan mulakan syarikat pemula

    NEW YORK, 20 NOV - Ketua penyelidik kecerdasan buatan...

    Terkini

    BMC anjur kempen derma darah

    Oleh Salawati Haji Yahya BANDAR SERI BEGAWAN, 21 NOV –...

    36 individu ditahan dalam Ops Tapis di Sibu

    SIBU, 21 NOV - Polis Daerah Sibu berjaya menahan...

    Lukisan Frida Kahlo dilelong AS$54.6 juta

    NEW YORK, 21 NOV – Sebuah potret diri oleh...

    Gempa bumi magnitud 5.5 landa Bangladesh

    DHAKA, 21 NOV — Gempa bumi dengan magnitud awal...