Wednesday, March 19, 2025
28.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pentadbiran Trump buat rayuan

    PALM BEACH, Amerika Syarikat, 5 Feb – Jabatan Keadilan AS semalam merayu satu sekatan sementara dalam pengharaman perjalanan Donald Trump ke atas rakyat dari tujuh negara Islam, selepas presiden itu melancarkan kecaman sengit dan mereka dengan visa sah mulai tiba di negara Amerika.

    Ia merupakan yang terbaru dalam beberapa siri perkembangan dramatik sejak pemimpin Republikan itu mengeluarkan arahan imigresennya seminggu lalu.

    Pada Jumaat, seorang hakim persekutuan di negeri Washington mengenakan dasar tinggal sementara berdasarkan langkah yang masih menunggu kajian semula yang lebih meluas, mendorong agensi kerajaan dan syarikat penerbangan global berhenti menguatkuasakan pengharaman berkenaan.

    Beribu-ribu penduduk dari London dan Paris ke New York dan Washington mengadakan bantahan baru ke atas Trump, yang mengambil alih jawatan presiden pada 20 Januari, kurang daripada dua minggu lalu.

    Jutawan hartanah Manhattan yang menjadi presiden, yang menghabiskan percutian hujung minggu di tempat peranginan Mar-a-Lago di Florida, meluahkan kemarahannya di Twitter sepanjang hari.

    Beliau menyasarkan Hakim Daerah AS James Robart, calon yang dilantik oleh presiden Republikan George W. Bush – dalam kata-kata amat luar biasa ke atas seorang hakim persekutuan daripada presiden.

    “Pendapat hakim ini, yang mengeluarkan penguatkuasaan undang-undang daripada negara kami, adalah tidak masuk akal dan akan diubah!” tulis Trump dalam Twitter pada awal hari itu. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda