Ahad, 23 November 2025
27.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pentadbiran Trump disaman sekat dana bantuan makanan

    WASHINGTON, 29 OKT – Gabenor Demokrat dan peguam negara dari 25 negeri Amerika Syarikat (AS) memfailkan saman terhadap pentadbiran Trump kelmarin, mencabar keputusan kerajaan bahawa ia tidak mempunyai kuasa untuk menggunakan dana kecemasan bagi mengekalkan bantuan makanan kepada jutaan rakyat AS bulan depan.

    Pegawai terbabit, termasuk dari California, New York serta District of Columbia mengumumkan bahawa mereka menyaman Jabatan Pertanian AS (USDA) kerana menggantung faedah di bawah Program Bantuan Makanan Tambahan (SNAP) secara tidak sah ketika penutupan kerajaan persekutuan yang sedang berlangsung.

    Saman di mahkamah persekutuan yang difailkan di Massachusetts itu memohon agar hakim menyekat perintah pentadbiran sebelum ini yang mengarahkan negeri-negeri menggantung faedah dan memerintahkan USDA menggunakan semua sumber yang ada untuk meneruskan pemberian faedah SNAP pada November.

    “Jutaan rakyat Amerika bakal berdepan kelaparan kerana kerajaan persekutuan memilih untuk menahan bantuan makanan yang diwajibkan di bawah undang-undang untuk diberikan,” kata Peguam Negara New York, Letitia James dalam satu kenyataan. – Bernama

    Seorang pengguna yang mendapat manfaat SNAP menolak troli melalui pasar raya di Bellflower, California pada Februari 2023. Pentadbiran Trump disaman. – Gambar fail AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda