WASHINGTON, 30 April – Jabatan Pertahanan AS mengumumkan semalam bahawa ia akan menghantar kira-kira 320 tentera tambahan ke selatan sempadan dengan Mexico untuk membantu pegawai imigresen.
Tentera, dijangka dihantar sehingga akhir bulan September, akan menambah kepada kira-kira 2,900 tentera bertugas aktif dan 2,000 anggota Pengawal Nasional yang ditempatkan di sempadan buat masa sekarang.
Jurucakap Pentagon Leftenan Kolonel Jamie Davis berkata tentera akan membantu membawa penghijrah, memantau kebajikan penghijrah yang ditahan serta membekalkan pemanas dan makanan. Tentera tidak ditugaskan untuk melaksanakan sebarang fungsi penguatkuasaan undang-undang. “Dalam mana-mana situasi yang memerlukan kakitangan DoD berada dekat dengan penghijrah, kakitangan penguatkuasaan undang-undang DHS (Jabatan Keselamatan Dalam Negeri) akan hadir untuk menjalankan kesemua fungsi jagaan dan penguatkuasaan undang-undang,” kata Davis.
Dalam beberapa bulan ini, beribu-ribu penghijrah telah tiba di Mexico, terutamanya penduduk Amerika Tengah yang melarikan diri daripada kemiskinan dan keganasan di tempat sendiri. – AFP
