WASHINGTON, 2 MAC – Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat (AS) akan menghantar
kira-kira 3,000 anggota tentera ke sempadan selatan negara itu dengan Mexico, lapor
The Washington Post kelmarin dengan memetik Pegawai Pertahanan AS, menurut Xinhua.
Laporan itu menyatakan bahawa Setiausaha Pertahanan AS, Pete Hegseth meluluskan arahan berkenaan pada Jumaat. Pasukan yang dihantar termasuk elemen pasukan tempur briged Stryker dan batalion penerbangan sokongan am yang akan tiba di sepanjang sempadan hampir 3,218.7 kilometer dalam beberapa minggu akan datang.
Anggota tentera baharu akan ‘mengukuhkan dan memperluas operasi keselamatan sempadan semasa bagi menutup sempadan serta melindungi integriti wilayah AS,’ menurut Pentagon kelmarin. – Bernama
