Tuesday, May 13, 2025
25.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pentagon jejaki belon pengintip China

    WASHINGTON, 3 FEB – Amerika Syarikat (AS) sedang menjejaki belon pengintip China yang didakwa berlegar di ruang udara negara itu semalam.

    Jabatan Pertahanan AS, Pentagon berkata pihaknya sedang menjejaki belon pengintip China yang dilihat mengawasi tapak senjata nuklear yang sangat sensitif.

    Belon itu juga dikesan di sempadan Kanada awal minggu ini sebelum memasuki ruang udara AS di negeri Montana.

    Pegawai kanan pertahanan berkata atas permintaan Presiden Joe Biden, Setiausaha Pertahanan AS, Lloyd Austin dan pegawai tinggi tentera mempertimbangkan untuk menembak belon itu, namun memutuskan tidak berbuat demikian kerana ia akan membahayakan terlalu ramai orang di lapangan.

    Belon itu, katanya, terbang ke barat laut AS, iaitu lokasi pangkalan udara sensitif dan peluru berpandu strategik silo bawah tanah.

    Pentagon bagaimanapun tidak percaya ia adalah ancaman perisikan yang berbahaya.
    “Jelas sekali, tujuannya untuk pengawasan dan laluan penerbangan belon terbabit membawanya ke beberapa tapak sensitif.

    “Kami dapati belon ini mempunyai nilai tambah terhad daripada perspektif pengumpulan perisikan,” katanya yang enggan identitinya didedahkan. – AFP

    Belon altitud tinggi kelihatan terapung di atas Billings, Montana pada 1 Februari lalu. AS sedang menjejaki belon pengintipan China yang ditemui di ruang udara AS sejak beberapa hari lalu. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda