Sunday, July 13, 2025
32.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pentagon tubuh unit siasatan UFO

    WASHINGTON, 16 OGOS – Pentagon berkata ia akan menubuhkan pasukan petugas baharu di bawah Tentera Laut Amerika Syarikat (AS) untuk menyiasat penemuan UFO (objek terbang kononnya datang dari planet lain).

    Dengan penubuhan Pasukan Petugas Fenomena Udara Tidak Dikenal Pasti (UAPTF), Jabatan Pertahanan berharap ‘dapat menambah pemahamannya dalam ciri-ciri dan asal-usul UAP,” kata jurucakap Susan Gough dalam satu kenyataan.

    Tentera AS sebenarnya bimbang mengenai ‘fenomena udara yang tidak dikenal pasti’ berhubung dengan musuh daratan dan bukannya penceroboh makhluk asing hijau.

    Washington terutamanya bimbang mengenai keupayaan pengintipan China, menggunakan dron atau kaedah udara lain. “Misi pasukan petugas adalah mengesan, menganalisis dan mengkatalogkan UAP yang berpotensi menimbulkan ancaman kepada keselamatan negara AS,” kata Gough.

    Pentagon memandang serius mana-mana serangan oleh pesawat udara dalam kawasan latihan atau ruang udara kami dan akan memeriksa setiap laporan,” kata beliau.

    “Ini termasuk pemeriksaan serangan yang pada mulanya dilaporkan sebagai UAP apabila pengawas tidak dapat mengenal pasti apa yang dipantaunya.”

    Penolong Setiausaha Pertahanan David Norquist meluluskan penubuhan pasukan petugas baharu pada 4 Ogos.

    Jawatankuasa perisikan Senat AS berkata pada Jun ia mahu mengawal program UFO Pentagon, mengesahkan penubuhan kumpulan kerja tidak formal yang didedahkan oleh New York Times pada 2017.

    Pengumuman pasukan petugas baharu keluar selepas Pentagon pada April mengeluarkan tiga video yang diambil oleh juruterbang Tentera Laut AS menunjukkan perlanggaran udara dengan apa yang kelihatan seperti UFO. – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda