Friday, February 7, 2025
23.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pentas perayaan Belait berakhir meriah

    Oleh Daniel Lim –

    BELAIT, 1 OGOS – Persembahan anjuran Badan Kebajikan Penghulu Mukim, Ketua Kampung, Ketua Rumah Panjang (PEKERUPA), Pejabat Daerah Belait mengakhiri pentas perayaan di Tudung Saji, Kuala Belait sekali gus menutup tirai sambutan Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke-77.

    Antara persembahan yang melibatkan penduduk dari seluruh mukim dan kampung serta pelajar Pusat Ehsan Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam (Pusat Ehsan) di Daerah Belait itu adalah persembahan nyanyian dan tarian.

    Hadir menyaksikan persembahan berkenaan ialah Pemangku Pegawai Daerah Belait, Haji Amirol Hafidzin bin Haji Muhammad selaku tetamu kehormat.

    Turut hadir ialah ahli-ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Awang Salleh bin Haji Othman dan Yang Berhormat Awang Mohammad bin Abdullah @ Lim Swee Ann, penghulu mukim dan ketua-ketua kampung serta orang ramai.

    Sebelum persembahan terakhir, satu persembahan kebudayaan bersama turut dikendalikan oleh Majlis Perundingan Mukim (MPM) Liang dan Belait yang mempamerkan budaya Puak Dusun dan Puak Belait.

    Pengurus Turnaround Integrator di Brunei LNG, Hajah Zairuni binti Zainal hadir selaku tetamu kehormat dan disambut oleh pengerusi majlis merangkap Penghulu Mukim
    Liang, Haji Mohamad Yamin bin Haji Abdul Ranni.

    Persembahan yang diadakan termasuk persembahan gulingtangan yang lazimnya dikaitkan dengan budaya Puak Dusun dan Puak Belait, masing-masing disampaikan oleh MPM Liang dan Belait serta persembahan silat empat bahagian yang diketuai oleh Kumpulan Silat Seni Warisan Pelangi.

    Persembahan daripada Badan Kebajikan PEKERUPA. – Gambar Oleh Daniel Lim
    Pemangku Pegawai Daerah hadir pada persembahan terakhir di pentas perayaan Kuala Belait. – Gambar Oleh Daniel Lim
    ATAS & BAWAH: Salah satu persembahan kebudayaan oleh MPM Liang dan Belait. – Gambar Oleh Daniel Lim
    Gambar Oleh Daniel Lim

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda