Oleh Salawati Haji Yahya
Gambar serahan Barramundi Group
Sejak kebelakangan ini industri akuakultur terus mencatatkan perkembangan positif dan memberikan sumbangan yang baik terhadap ekonomi negara berikutan permintaan terhadap hidupan laut.
Sebagai pengeluar ikan barramundi terbesar di Australia, Barramundi Group beroperasi melalui model akuakultur yang unik dengan kemampuan dalaman yang komprehensif dari pengembangan, invovasi produk, pemprosesan hinggalah ke penetasan.
Kumpulan ini juga mempunyai jangkauan komersial yang kuat di pasaran utama termasuk Singapura, Australia, China, Hong Kong, Korea Selatan.
Visi dan misi Barramundi Group
Perancangan masa depan pertumbuhan A.S Barramundi Group akan melihat kepada permintaan pertumbuhan global untuk barramundi dan keseluruhan trend pengguna ke arah penggunaan yang lestari, yang mana projek ini dijangka meningkat secara eksponensial dalam lima tahun akan datang.
Dalam usaha mengembangkan penghasilan ikan barramundi premium yang mempunyai rasa manis dan tekstur halus ini, Negara Brunei Darussalam menjadi salah sebuah negara untuk penghasilan ikan barramundi selain Australia dan Singapura. Visi dan misi Barramundi Group adalah untuk membantu merapatkan jurang protein dunia untuk menjadi pemimpin global penternak ikan barramundi secara lestari dan bertanggungjawab.





Di samping itu, ia juga memperjuangkan ikan barramundi sebagai sumber protein yang berkualiti tinggi dan mampu menghasilkan ikan premium yang disokong oleh pengunjung di seluruh dunia sambil melindungi lautan dan sumber alam sekitar dunia.
Manakala dari segi pasaran pula, kumpulan ini kini telah mengusahakan ladang di Australia, Singapura dan Brunei selain menguasai keseluruhan rantaian nilai dengan rangkaian penjualan dan pengedaran yang mapan di bandar-bandar besar di seluruh dunia.
Brunei negara ketiga bagi penghasilan ikan barramundi
Ladang Barramundi di Brunei terletak di utara Brunei iaitu di kawasan Nankivell dan Pelong Rock yang mana ladang ikan ini akan menjadi ladang pengeluar terbesar di Brunei.
Dengan lokasi yang strategik, negara Brunei dipilih kerana kawasan yang luas selain mempunyai perairan dalam dan arus kuat yang menyediakan persekitaran sesuai untuk ikan barramundi hidup dan berkembang.
Ini ditambah dengan iklim tropikal dengan keadaan persekitaran yang sa- ngat baik menjadi bonus untuk membolehkan ikan barramundi berkembang dengan baik.
Kedua-dua tapak ladang ini adalah yang terbesar diberikan kepada syarikat akuakultur di Brunei dan mereka berpotensi untuk pengembangan kapasiti yang besar di masa depan.
Kapasiti, pertumbuhan penghasilan, penjualan
Barramundi Group kini mengendalikan tiga tapak ladang laut di Australia, Singapura, dan Brunei pada tahun 2020. Pengeluaran gabungan itu telah menghasilkan kira-kira 1,840 tan.
Ini melalui aktiviti pengembangan kapasiti dan pengembangan komersial yang mana kumpulan ini juga merancang untuk meningkatkan pengeluaran kepada 7,000 tan menjelang 2026.
Produk Barramundi Group kini dihidangkan dan dijual kepada lebih 1,000 buah restoran, hotel dan peruncit di pasar terpilih. Usaha ini adalah untuk mengukuhkan kewujudanya di pasaran utama termasuk China, AS dan Australia di samping mempunyai rancangan untuk menjalin perkongsian untuk penjualan di geografi baharu dan memperkenalkan barramundi sebagai produk yang berkualiti tinggi dan premium di EU.
Latar belakang ladang ternakan barramundi di Brunei
Brunei Darussalam dan Singapura telah menandangani kontrak berjuta ringgit bagi penubuhan ladang penetasan dan nursery bagi pengeluaran barramundi (Asian sea bass) di negara ini untuk bekalan ikan dalam sangkar di persisiran laut.
Dua perjanjian telah ditandatangani pada Mei 2021 oleh Jabatan Perikanan, Kementerian Sumber-sumber Utama dan Pelancongan dengan Barramundi Asia (B) Sdn Bhd sebagai sebagian dari kontrak bagi The Sea Licence Aggrement and Land Lease Agreement.
Di bawah kontrak tersebut, Barramundi Asia secara rasmi diberikan lesen untuk memulakan mengembangkan kawasan seluas 6,613 hektar di Tapak Akuakultur Luar Pantai Nankivell dan tapak seluas 25.1 hektar yang terletak di Lot 6054 di Kampung Meragang.