Tuesday, December 31, 2024
23.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Penting fahami Program Discovery Year

    Oleh Salawati Haji Yahya

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 1 Feb – Dalam memberikan peluang kepada mahasiswa dan mahasiswi Universiti Brunei Darussalam (UBD) serta ibu bapa mengetahui dan memahami Program Discovery Year, Pejabat Penolong Naib Canselor (Hal Ehwal Akademik) telah menganjurkan Jerayawara Discovery Year 2017, di Inspiring Hall, Pusat Pelajar UBD, hari ini.

    Acara dua hari yang bermula hari ini dirasmikan oleh Penolong Naib Canselor (Korporat dan Pentadbiran), Hajah Rubiah binti Haji Yacub.

    Pengarah Pendidikan, Pejabat Penolong Naib Canselor (Hal Ehwal Akademik) UBD, Dr. Masitah Shahrill dalam ucapannya menggariskan, Discovery Year adalah program yang wajib diambil bagi para pelajar sebelum meninggalkan universiti bagi mendapatkan peluang pembelajaran di luar kampus.

    “Tahun mandatori biasanya dibuat pada tahun ketiga pencalonan dan mereka mempunyai pilihan satu atau dua dari empat aktiviti yang dipanggil tempoh ‘incubator’, latihan, program mendekati masyarakat dan program belajar di luar negara,” jelasnya.

    Hajah Rubiah ketika menyaksikan pameran dalam program tersebut.
    Hajah Rubiah ketika menyaksikan pameran dalam program tersebut.

    Para mahasiswa dan mahasiswi yang mengunjungi salah satu petak di pameran tersebut.
    Para mahasiswa dan mahasiswi yang mengunjungi salah satu petak di pameran tersebut.

    Beliau menjelaskan bahawa pameran berkenaan bertujuan untuk mempamerkan kerja-kerja dan bakat pelajar UBD yang telah menjalani Discovery Year mereka dan ia bertindak sebagai satu peluang besar kepada pelajar untuk belajar dan berinteraksi dengan pelajar berpengalaman yang telah mengikuti program itu.

    “Ia adalah sangat penting bagi pelajar untuk membuat pilihan yang tepat untuk memaksimumkan manfaat,” tambahnya.

    Pameran ini dimeriahkan dengan menjemput pihak-pihak berkepentingan dan rakan kerjasama UBD dalam dan luar negara selain pengunjung turut berpeluang menyaksikan hasil pameran dan jualan mahasiswa dan mahasiswi yang pernah menjalani salah satu aktiviti di bawah Program Discovery Year.

    Dengan adanya pameran ini, ia memberi peluang kepada ibu bapa untuk berinteraksi secara langsung bersama mahasiswa yang telah mengikuti program berkenaan sama ada di dalam atau luar Negara.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda