Jumaat, 21 November 2025
Klik Lagi

    Pentingkan diri sendiri

    Setiap kali saya keluar memandu, hati saya selalu diuji dengan sifat pemandu yang mementingkan diri sendiri.

    Kadang-kadang, perkara kecil seperti mencari tempat letak kereta pun boleh buat darah naik.

    Saya masih ingat baru-baru ini, selepas balik kerja, saya singgah di sebuah pasar raya. Ramai yang turut berkunjung ke pasar pada waktu itu dan hampir 15 minit saya mencari parking.

    Akhirnya, saya nampak satu ruang kosong. Tapi bila saya hampir ke situ, rupanya ada kereta yang diletakkan secara serong, makan dua petak sekali gus.

    Saya duduk dalam kereta, termenung. Dalam hati saya bertanya, “Apa susahnya kalau dia letak kereta elok-elok? Semua orang penat, semua orang nak cepat.”

    Gambar Freepik

    Tapi kerana seorang, ramai yang kena susah. Saya terpaksa teruskan pusing lagi, mencari ruang lain dengan hati yang makin geram.

    Perkara sama juga sering jadi di masjid, pejabat atau tempat awam. Ada yang sanggup meletakkan kereta di laluan kecemasan, depan pintu, malah ada yang block kereta orang lain. Bila ditegur, mereka boleh buat muka tak bersalah, seolah-olah dunia ini milik mereka seorang.

    Bagi saya, sifat ini menunjukkan kurangnya rasa hormat terhadap orang lain. Parking nampak remeh, tapi ia cerminan sikap.

    Kalau perkara sekecil ini pun tak mampu disiplin, bagaimana dengan perkara besar?

    Saya sedar, saya bukan insan sempurna. Tapi setiap kali saya letak kereta, saya cuba pastikan saya tidak menyusahkan orang lain.

    Mudah saja sebenarnya iaitu cuma perlu fikir sekejap, “Kalau aku letak kereta begini, orang lain susah tidak?” Malangnya, ramai yang lebih fikir tentang diri sendiri berbanding orang sekeliling.

    Kadang-kadang saya rasa dunia ini bukan makin sempit kerana kekurangan ruang, tetapi kerana sikap manusia yang sempit fikirannya.

    Hafiy

    NASIHAT DANG MP

    Terima kasih kepada Hafiy atas perkongsian dengan Media Permata. Amatlah kecewa, geram dan mendukacitakan apabila kita berhadapan dengan sikap tidak bertanggungjawab pengguna jalan raya yang lain.

    Sikap pentingkan diri sehingga menghalang laluan orang lain memang mencerminkan kurangnya empati. Namun, daripada membiarkan ia menguasai emosi kita, jadikanlah pengalaman ini sebagai peringatan untuk kita terus kekal beradab dan bertimbang rasa.

    Sememangnya mustahil untuk kita mengubah semua orang, tetapi kita boleh memilih untuk menjadi contoh yang baik. Mungkin kedengaran klise, tetapi kebaikan yang konsisten ada pengaruhnya, walaupun perlahan.

    Kepada pengguna-pengguna jalan raya yang sedang membaca, jadikanlah luahan Hafiy sebagai pengajaran. Usahlah bersikap terlalu mementingkan diri sehingga menyusahkan orang lain.

    Seandainya kita sentiasa mematuhi peraturan dan mengamalkan sikap bertimbang rasa, sudah tentu ini memudahkan banyak pengguna jalan raya.

    Kata Kunci

    Popular

    Nasional

    BMC anjur kempen derma darah

    36 individu ditahan dalam Ops Tapis di Sibu

    Lukisan Frida Kahlo dilelong AS$54.6 juta

    Berita Berkaitan

    Cadangan lampu trafik di Pusing Keliling Pengiran Babu Raja

    Baru-baru ini, saya melalui Pusing Keliling Pengiran Babu Raja...

    Meja makan kosong, hati penuh sepi

    Kadang-kadang saya tertanya, bagaimana rasanya hidup dalam keluarga yang...

    Tidak sempat hargai kasih nenek

    Assalamualaikum, saya nak cerita sedikit tentang rasa penyesalan yang...

    80 sertai forum tingkat kesedaran keselamatan jalan raya

    Oleh Sim Y. H. BANDAR SERI BEGAWAN, 14 NOV -...

    Terkini

    BMC anjur kempen derma darah

    Oleh Salawati Haji Yahya BANDAR SERI BEGAWAN, 21 NOV –...

    36 individu ditahan dalam Ops Tapis di Sibu

    SIBU, 21 NOV - Polis Daerah Sibu berjaya menahan...

    Lukisan Frida Kahlo dilelong AS$54.6 juta

    NEW YORK, 21 NOV – Sebuah potret diri oleh...

    Gempa bumi magnitud 5.5 landa Bangladesh

    DHAKA, 21 NOV — Gempa bumi dengan magnitud awal...