AIR merupakan sumber yang penting dalam kehidupan yang bernyawa. Oleh itu, kita sebagai manusia seharusnya memelihara sumber utama kita untuk mengelakkan ianya dari tercemar dan menjejaskan kualitinya. Air dapat mengawal dan mengekalkan suhu badan di samping menghalang kekeringan dan kerosakan sel-sel badan. Tanpa air, darah tidak akan mengalir, oksigen dan zat tidak akan dipindahkan, sisa