Wednesday, July 16, 2025
24.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pentingnya pemakanan untuk prestasi atlet

    Oleh Nurdiyanah R. –

    TUTONG, 15 JUN – Sebagai salah satu inisiatif untuk mewujudkan kesedaran awal mengenai kepentingan penjagaan dalam pengambilan makanan untuk menjadi seorang atlet yang berkualiti, sehubungan itu Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Cawangan Daerah Tutong kelmarin telah mengadakan Program Klinik Makanan dan Nutrisi bertempat di Dewan Serbaguna Kompleks Sukan Tutong.

    Seramai 40 orang dari skim-skim di bawah kawalan JBS Cawangan Daerah Tutong telah menyertai program tersebut.

    Taklimat berkenaan telah disampaikan oleh Pakar Pemakanan Sukan dan Kecergasan, Dayang Noor Azimah binti Haji Abu Bakar yang juga selaku pemudah cara dan penceramah.

    Antara matlamat penganjuran program itu adalah dihasrat untuk mendidik dan menyampaikan ilmu pengetahuan tentang pemakanan yamg sihat serta pendedahan awal dalam memupuk amalan gaya pemakanan yang sihat.

    Di samping itu, ia juga diharap dapat membantu para peserta untuk mencapai prestasi sukan yang lebih tinggi bagi kecemerlangan sukan Negara Brunei Darussalam. 

    JBS Cawangan Daerah Tutong telah mengadakan Program Klinik Makanan dan Nutrisi, baru-baru ini. – GAMBAR SERAHAN JBS CAWANGAN DAERAH TUTONG
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda