Oleh Norizan Murshid
BANDAR SERI BEGAWAN, 5 MEI – Bermula sejak Julai 2021, dua orang anak tempatan, Awang Mohd Zulfadzli Noraminuddin bin Awang Zulmajdi dan rakannya Awang Mohd Amar Yatimi bin Sharazuddin telah menjalankan perniagaan menjual minuman berasaskan kopi yang dikisar.
Ketika diajukan pertanyaan mengenai pilihan memilih menjual minuman kopi, Awang Mohd Zulfadzli mengatakan bahawa permulaannya daripada minat dan lama-kelamaan menjadi satu kerjaya sehingga lahirlah Ngupi Cafe.
Sementara itu, Awang Mohd Amar Yatimi yang juga pembantu kepada Awang Mohd Zulfadzli berpendapat bahawa sekarang ini sudah menjadi gaya hidup baharu bagi anak-anak muda yang gemar berkumpul bersama rakan-rakan sambil menikmati secawan kopi yang berperisa seperti Caramel Latte.
Kopi yang dijual memenuhi citarasa orang muda dengan harga yang semua orang mampu beli, tambahnya.
Antara minuman yang dijual ialah Latte Hot, Flat White, Cappucino iced, Long Black, Mocha Choco, Caramel Latte dan Manggo Tea.
![](https://mediapermata.com.bn/wp-content/uploads/2022/05/P7-2A_06052022.jpg)