Khamis, November 20, 2025
28.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Penularan ASF ancam populasi harimau

    KOTA BHARU, 10 NOV – Wabak Demam khinzir Afrika (ASF) dikenal pasti sebagai ancaman besar terhadap populasi khinzir hutan dan khinzir berjanggut yang menjadi sumber makanan utama Harimau Malaya di Lanskap Endau Rompin, Johor.

    Penularan ASF turut memberi kesan kepada hidupan liar lain serta komuniti manusia yang tinggal berhampiran kawasan hutan berkenaan.

    Penyelidik Persatuan Pemuliharaan Hidupan Liar (WCS) Malaysia, Yugess Rao berkata, virus ASF yang mula dikesan pada 2022 telah menyebabkan penurunan mendadak populasi khinzir hutan dan khinzir berjanggut. 

    Kajian beliau yang menggunakan lebih 300 perangkap kamera di seluruh kawasan, mencatatkan kejatuhan populasi khinzir yang ketara termasuk penemuan 11 bangkai khinzir hutan dan tujuh bangkai khinzir berjanggut pada 2022. “Data kamera dari 2019 hingga 2023 menunjukkan penurunan populasi sebanyak 99.6 peratus bagi khinzir berjanggut dan 81.6 peratus bagi khinzir hutan. 

    “Kekurangan sumber makanan semula jadi menyebabkan Harimau Malaya mula menyesuaikan diri dengan mencari sumber makanan baharu di luar hutan termasuk menyerang ternakan lembu milik penduduk,” katanya kepada Bernama semasa Persidangan Persatuan Perubatan Pemuliharaan Asia, baru-baru ini. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda