Sabtu, 22 November 2025
25.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Penularan COVID-19 masih terkawal, orang ramai perlu berwaspada

    IPOH, 20 DIS – Walaupun jumlah kes positif terkawal, orang ramai diingatkan supaya berwaspada terutamanya di kawasan awam bagi mengelakkan penularan jangkitan COVID-19 pada musim cuti sekolah ini.

    Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Kesihatan, Hal Ehwal Masyarakat India dan Integrasi Nasional Perak, A Sivanesan berkata pihaknya bimbang sekiranya pergerakan keluar masuk sempena cuti sekolah yang bermula minggu ini serta perayaan Krismas akan menyumbang kepada peningkatan kes di negeri ini.

    “Setakat ini di Perak terdapat lebih kurang 600 kes dan tidak kritikal manakala kes kematian di negeri masih rendah, jadi kita harap dapat kekalkan status itu, malah 14 hospital di seluruh negeri bersedia untuk menerima pesakit COVID-19,” katanya pada sidang media, kelmarin.

    Beliau berkata demikian selepas menghadiri Program Aspirasi Wartawan Perak yang dianjurkan oleh Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK) yang turut dihadiri Pengarah PASAK, Aldrin Ng.

    Justeru, Sivanesan berkata kawalan kendiri penting bagi memutuskan rantaian jangkitan wabak itu dalam kalangan masyarakat, selain mereka yang bergejala harus kuarantin di rumah. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda