Sunday, December 10, 2023
29.1 C
Brunei

    -

    Penularan COVID kekal rendah

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 12 SEPT – Dalam masa satu minggu kebelakangan ini, jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan di Negara Brunei Darussalam telah menunjukkan sedikit peningkatan di mana kadar purata harian kes pada minggu ini ialah sebanyak 179 kes sehari, berbanding 169 kes sehari pada minggu lepas.

    Walau bagaimanapun, Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohammad Isham bin Haji Jaafar berkata bahawa trend jangkitan menunjukkan penularan kekal rendah.

    Beliau mengongsikannya semasa Sidang Media COVID-19 Negara Brunei Darussalam di Dewan Al-‘Afiah, Kementerian Kesihatan hari ini, yang turut dihadiri oleh Menteri di JPM, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi Kedua, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Amin Liew bin Abdullah.

    Yang Berhormat Dato menya-takan sebanyak 51,405 keputusan ujian pantas antigen (ART) telah dimuat naik ke aplikasi BruHealth dalam masa seminggu di mana 2.4 peratus daripadanya adalah keputusan ujian yang positif.

    Menurut beliau, hari ini, tidak ada kes dalam kategori 5 iaitu yang memerlukan rawatan di unit rawatan intensif (ICU) manakala dua kes berada dalam kategori 4 iaitu memerlukan bantuan oksigen dan di bawah pemantauan rapi.

    Menyentuh mengenai liputan vaksinasi, sehingga kelmarin kadar liputan vaksinasi berada di tahap yang tinggi dengan 78.2 peratus daripada keseluruhan rakyat dan penduduk negara ini telah mendapatkan dos ketiga vaksin dan 10.1 peratus juga telah mendapatkan dos keempat.

    Menurutnya lagi, sebanyak 166 kes baharu telah dilaporkan pada hari ini, iaitu 164 kes hasil ujian ART dan dua kes hasil daripada 335 ujian makmal RT-PCR yang telah dilakukan dalam masa 24 jam yang lalu.

    Rajah statistik penularan COVID yang kekal rendah di negara ini. – Gambar serahan Kementerian Kesihatan
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Hong Kong adakan pilihan raya majlis pertama di bawah peraturan baharu

    HONG KONG, 10 DIS - Penduduk pergi mengundi pada hari ini dalam pilihan raya majlis daerah pertama Hong Kong sejak rombakan pilihan raya dilaksanakan...