Friday, April 26, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Penulis How To Murder Your Husband dipenjara seumur hidup

    LOS ANGELES, 14 JUN – Seorang penulis AS yang menulis risalah bertajuk How to Murder Your Husband dijatuhi hukuman penjara seumur hidup kelmarin kerana menembak mati pasangannya.

    Nancy Crampton Brophy, 71, akan layak memohon parol dalam tempoh 25 tahun, seorang hakim di negeri barat laut Oregon memberitahunya.

    Perbicaraan bagi kes pembunuhan Crampton Brophy selama sebulan telah menyaksikan penerangan tentang bagaimana pengarang tersebut telah menggunakan laras senapang yang dibelinya di eBay untuk membunuh suaminya dengan harapan dapat mengumpul ratusan ribu dolar dalam insurans nyawa.

    Senjata itu, yang didakwanya telah diperoleh sebagai penyelidikan bagi novel baharu, walau bagaimanapun tidak pernah ditemui.

    Daniel Brophy ditemui di atas lantai bilik darjah di institut masakan tempat dia bekerja yang kini tidak lagi beroperasi, pada Jun 2018. Dia dilaporkan telah ditembak sebanyak dua kali.

    Manakala itu, rakaman CCTV telah menunjukkan isterinya sedang memandu di kawasan itu pada waktu kejadian.

    Pengarang siri novel Wrong Never Felt So Right termasuk The Wrong Husband dan The Wrong Lover itu mendakwa, dia tidak ingat berada di sana, tetapi menyangka bahawa dia berada di kawasan kejiranan itu bagi mendapatkan inspirasi karya fiksyen baharunya.

    Crampton Brophy telah menafikan pembunuhan tersebut dan menegaskan bahawa selama bertahun-tahun kesulitan masalah kewangan yang pernah dilalui bersama pasangannya itu sebelum ini bukanlah punca kematian tersebut dan dia juga tidak mempunyai sebab untuk membunuh suaminya. – AFP

    Nancy Crampton Broph (kiri), dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup atas tuduhan membunuh suaminya, Dan Brophy, pada Jun 2018. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...