Friday, October 18, 2024
25.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Penumpang Alaska Airlines kemukakan saman

    SEATTLE, 15 MAC – Ramai penumpang yang menaiki jet Boeing 737 Alaska Airlines dimana sebahagian daripada fiuslaj pesawat meletup pada Januari telah mengemukakan saman termasuk seorang yang mengatakan nyawanya diselamatkan oleh tali pinggang keledar.

    Tuntutan terbaharu, yang mewakili tujuh penumpang, difailkan di Mahkamah Tinggi King County Washington semalam terhadap Boeing, Alaska Airlines, Spirit AeroSystems dan 10
    orang yang disenaraikan sebagai John Does.

    Cuong Tran, dari Upland, California, sedang duduk di barisan belakang di mana bahagian sisi pesawat terkoyak dan meninggalkan lubang sebesar pintu pada Penerbangan 1282 Alaska Airlines pada 5 Januari, menurut siaran berita daripada peguam Timothy A.

    Loranger. Menurut tuntutan mahkamah, udara meluru keluar dari lubang itu, menarik Tran dan penumpang lain berdekatan.

    Sedutan itu mengoyakkan kasut dan stokin Tran dari kakinya dan dia merasakan badannya terangkat dari kerusinya, menurut siaran berita, sambil menambah kaki Tran cedera apabila ia tersentak dalam struktur tempat duduk di hadapannya.

    Gambar serahan Lembaga Keselamatan Pengangkutan Nasional menunjukkan lubang besar di mana pintu panel terletak di bahagian palam fiuslaj Penerbangan Alaska Airlines di Portland, Oregon. – AP

    “Pelanggan kami dan mungkin setiap penumpang dalam penerbangan itu mengalami trauma yang tidak wajar kerana kegagalan Boeing, Spirit AeroSystems dan Alaska Airlines untuk memastikan bahawa pesawat itu berada dalam keadaan selamat dan layak terbang,” kata Loranger.

    Enam minit pertama penerbangan dari Portland, Oregon, ke Lapangan Terbang Antarabangsa Ontario di California Selatan telah menjadi rutin. Boeing 737 Max 9 sedang dalam perjalanan pada ketinggian penerbangan biasa dan bergerak pada kelajuan lebih 640 kilometer sejam.

    Kemudian, secara tiba-tiba, sebahagian fiuslaj yang menutupi pintu keluar kecemasan yang tidak berfungsi di belakang sayap kiri meletup.

    Juruterbang membuat pendaratan kecemasan ke tempat mereka berlepas di Portland. Tiada sesiapa yang mengalami kecederaan serius. – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda