Sabtu, 22 November 2025
23.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Penumpang ambil alih kawal pesawat, juruterbang alami kecemasan perubatan

    BOSTON, 16 JULAI – Seorang penumpang pesawat kecil mengambil alih kawalan dan terhempas mendarat di pulau Massachusetts pada Sabtu selepas juruterbang mengalami kecemasan perubatan, kata polis.

    Nahas berlaku pada petang Sabtu dekat Lapangan Terbang Martha’s Vineyard di Barat Tisbury, Massachusetts. Juruterbang lelaki berusia 79 tahun itu mengalami kecemasan semasa hendak mendaratkan pesawat itu, kata Polis Negeri Massachusetts.

    Polis negeri berkata nahas itu “mengakibatkan pendaratan sukar di luar landasan yang menyebabkan sayap kiri pesawat itu patah dua.”

    Pihak berkuasa tidak menamakan mana-mana orang di dalam pesawat itu dan berkata kedua-duanya dibawa ke hospital.

    Juruterbang kemudian diterbangkan ke hospital Boston dalam keadaannya yang kritikal.

    Penumpang wanita itu tidak cedera dan dibenarkan keluar dari hospital tempatan, kata polis.

    Pesawat Piper Meridian 2006 berlepas dari Westchester County, New York, awal petang Sabtu. Juruterbang dan penumpang adalah penduduk Connecticut, kata polis. – AP

    Gambar Canva
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda