Friday, January 3, 2025
25.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Penumpang buat hal, penerbangan terpaksa berpatah balik

    SYDNEY, 25 SEPT – Seorang lelaki warga Australia ditahan dan didakwa hari ini selepas kelakuannya yang tidak terkawal memaksa penerbangan domestik berpatah balik ke Lapangan Terbang Perth, lapor Xinhua.

    Polis Persekutuan Australia (AFP) mengesahkan dalam satu kenyataan bahawa lelaki berusia 33 tahun itu akan dihadapkan ke mahkamah hari ini, dituduh berkelakuan tidak senonoh dan gagal mematuhi arahan kakitangan syarikat penerbangan.

    Penerbangan JQ989 yang dikendalikan oleh Jetstar, dijadual berlepas dari Perth ke Sydney pada malam kelmarin.

    Pegawai AFP menerima panggilan mengenai seorang penumpang yang dikatakan mabuk dan menghina seorang anak kapal kabin secara lisan dan gagal mematuhi arahan.

    Akibat kejadian itu, penerbangan terpaksa berpatah balik dan kembali ke lapangan terbang, hingga menimbulkan kekecohan.

    Lelaki itu boleh berdepan hukuman sehingga kira-kira AS$17,653 atas kesalahannya. – Bernama

    Gambar PerthNow
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda